Tahukah anda, harga Jimny terpakai jauh lebih mahal berbanding Jimny baharu di Australia?

oleh Mohamad Hanif|
Kita sudah biasa dengan berita harga jualan kenderaan terpakai yang jauh lebih mahal berbanding ketika ia mula-mula diperkenalkan kepada umum, dan ini tertakluk kepada model-model edisi terhad serta model berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, berita yang hadir dari negara Australia ini sedikit membingungkan apabila laman DMARGE mendapati harga jualan bagi Suzuki Jimny terpakai jauh melebihi harga jualan sebenar!

Berdasarkan semakan di laman web Carsales, terdapat kira-kira 47 unit Suzuki Jimny generasi baharu, dan ada yang dijual melebihi harga jualan Jimny baharu yang bermula dari AU$28,490 (RM90,621).

 


Harga jualan termurah bagi Suzuki Jimny 2019 terpakai dengan jarak perbatuan 41,000 km boleh didapati bermula dari AU$34,000 (RM108,147), sementara model paling mahal merupakan Suzuki Jimny 2020 (jarak perbatuan 1,600 km) dengan harga AU$50,000 (RM159,040)!

Ini merupakan satu perkembangan yang menarik, memandangkan Suzuki sendiri sedang cuba untuk memenuhi permintaan yang tinggi di peringkat global, dan tempoh menunggu yang boleh dikatakan agak lama.

Sedikit perkembangan di Eropah, Suzuki menarik semula penjualan Jimny disebabkan peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat, namun mereka memperkenalkan semula Jimny sebagai sebuah kenderaan komersial tidak lama selepas itu.

Sumber: DMARGE, Carsales

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…