Tayar All-Season tidak sesuai untuk Malaysia - pakar

oleh HEZERI SAMSURI|
Umum mengetahui bahawa tayar yang digunakan di negara sejuk tidak sesuai untuk pasaran tempatan.

Faktor suhu dan kelembapan udara (humidity) adalah punca kenapa negara seperti Malaysia perlukan tayar yang berbeza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Edwin Pang, warga Malaysia yang pernah bertugas di unit R&D syarikat tayar di Jerman, ada penjual tayar yang menawarkan tayar yang jauh lebih murah dari harga pasaran.

"Memang lebih murah kerana ia adalah tayar-tayar yang sudah tidak laku di negara luar dan lambakan stok di sana di jual dengan pukal kepada sesiap yang mahukannya.

Ini akan menyebabkan masalah keselamatan kerana dari pemerhatian saya, antara tayar yang ditawarkan itu ialah tayar dalam kategori All Season," terang Edwin.

"Tayar All Season tidak sama dengan tayar All Weather kerana tayar All Season direka untuk pasaran iklim sejuk," Edwin berkata.

Edwin seterusnya menerangkan bahawa ada tiga masalah utama pada tayar All Season jika ia digunakan di negara beriklim seperti Malaysia.

1. Pengurangan prestasi

Tayar dari genre All Season tidak boleh memberikan cengkaman seperti tayar untuk negara beriklim panas, terutama dari segi cengkaman di atas jalanraya dan prestasi membrek atas permukaan yang basah.

2. Tidak tahan lama

Kompaun atau bahan untuk tayar All Season tidak direka untuk tahan suhu tinggi secara jangka masa panjang. Ini akan menyebabkan ia cepat botak dan paling merisaukan, kemungkinan berlakunya masalah integriti pada struktur tayar itu sendiri.

3. Risiko keselamatan

Prestasi yang tidak optimum dari tayar All Season akan membawa kepada peningkatan risiko keselamatan pemanduan, terutama ketika hujan.

 

 

Edwin kemudian menerangkan bahawa tayar All Season memang sukar untuk dikenal-pasti kerana itu tidak perlu ada logo 3PMSF (3-Peak Mountain Snowflake) seperti tayar musim sejuk (winter tyre).

Ia sering dipasarkan sebagai tayar yang mampu digunakan dalam pelbagai jenis cuaca dan ini yang membuatkan konsumer berfikiran ia sesuai dengan cuaca tempatan.

Tinjauan Careta di platform beli belah atas talian seperti Shopee dan Lazada mendapati memang ada tayar All Season yang dijual dengan harga yang cukup menarik dan dari jenama tayar premium.

Edwin berkata syarikat tayar yang berada di Malaysia secara rasmi tidak akan membawa tayar-tayar All Season atau tayar yang tidak sesuai dengan cuaca Malaysia.

"Ia selalunya dibawa masuk sendiri oleh pengedar-pengedar tayar dan kebanyakannya datang dari China," ujar Edwin.

Edwin seterusnya menambah bahawa kerajaan patut memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan pengimportan dan penjualan tayar musim sejuk dan tayar All Season kerana ia tidak sesuai dengan cuaca tempatan.

"Pihak kerajaan perlu membuat kempen kesedaran untuk mendidik pengguna akan kepentingan memilih tayar yang sesuai.

Dalam masa yang sama, industri tayar tempatan juga perlu menetapkan garis panduan yang lebih jelas untuk memastikan penjual tayar tahu jenis-jenis tayar yang tidak boleh dibawa masuk," tegas Edwin.

 

 

Kereta import terpakai atau recond juga sering dijual dengan tayar musim sejuk atau tayar All Season yang datang dari negara asal kenderaan tersebut.

"Betul, kami jual dengan tayar yang memang sudah ada dengan kereta tersebut tetapi kami akan menasihati pembeli agar terus tukar kepada tayar baharu yang lebih sesuai," ujar seorang pengimport dan penjual kenderaan recond yang dihubungi Careta.

"Samada mereka tukar atau tidak, itu terpulang kepada pembeli," sambungnya.

Sehingga hari ini, masih tidak ada undang-undang yang mewajibkan kenderaan recond perlu ditukar kepada tayar yang lebih sesuai sebelum dijual kepada orang ramai.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita kaji kembali perundangan yang direka ketika zaman Datsun 120Y atau Toyota Corolla KE30  kerana rata-rata teknologi dan ekosistem kereta sekarang sudah jauh berbeza.

* Artikel penuh Edwin Pang boleh dibaca di pautan di bawah:

https://toptirereview.com/tires-that-should-be-banned-in-malaysia/

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…