Teknologi Cabin Awareness Toyota bantu kesan penumpang tertinggal di dalam kereta

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Connected ‘Cabin Awareness’ Concept
Toyota Connected Cabin Awareness Concept
Di dalam sesetengah kereta hari ini sudah ada fungsi yang memperingatkan pemandu untuk memeriksa penumpang belakang supaya tidak tertinggal.

Ada sistem yang seringkas nyalaan di papan pemuka dan Toyota sedang menguji teknologi peringatan lebih canggih yang dikenali sebagai Cabin Awareness.

Teknologi konsep itu diperkenalkan dan sedang diuji oleh Toyota Connected North America (TCNA), sebuah pusat kecemerlangan inovasi dan perisian bebas.

Cabin Awareness menggunakan radar pengimejan 4D resolusi tinggi dengan gelombang milimeter bagi mengesan penumpang dan berpotensi untuk mengesan mereka sekiranya tertinggal di dalam kereta.

Bukan sahaja penumpang ianya juga boleh mengesan sesetengah haiwan peliharaan!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagaimana Cabin Awareness berfungsi?

 

Toyota Connected ‘Cabin Awareness’ Concept

 

Pengesanan penumpang dibuat melalui sensor radar pengimejan 4D yang dipasang pada pelapik bumbung (headliner) kereta dan boleh mengesan penumpang walaupun selepas pemandu keluar.

Kecanggihan teknologi Cabin Awareness ini terserlah apabila ia mampu mengesan pergerakan mikro seperti denyutan nadi, pergerakan dan pernafasan penumpang merentasi tiga baris kerusi, ruang kargo dan kaki.

Ianya juga boleh mengelaskan penumpang mengikut saiz, postur dan kedudukan.

Lebih canggih apabila turut mampu pengesan penumpang walaupun di dalam selimut!

 

Toyota Connected ‘Cabin Awareness’

 

Peringkat amaran termasuk hon!

Sistem Cabin Awareness mengeluarkan pelbagai jenis peringatan kepada pemandu dan menariknya termasuk individu yang lalu berhampiran supaya memeriksa bahagian belakang kereta sekiranya penumpang dikesan.

Pertama sekali lampu isyarat amaran pada meter dihidupkan dan disusuli hon dan nyalaan lampu isyarat kecemasan.

Selepas amaran awal tersebut, pemandu diperingatkan melalui makluman telefon pintar dari aplikasi Toyota dan juga pesanan teks.

Sekiranya diprogramkan, sistem Cabin Awareness boleh menghantar peringatan melalui peranti rumah pintar atau menghantar pesanan teks ke nombor kecemasan.

Lagi ciri lain ialah sistem bantuan kecemasan Toyota Safety Connect menghubungi pihak keselamatan melalui fungsi SOS kenderaan.

Dalam proses pengujian

Teknologi canggih ini sedang diuji dengan rakan kerjasama Toyota iaitu May Mobility.

Syarikat kenderaan autonomi itu melakukan ujian menggunakan Toyota Sienna AutonoMaaS (Autonomous Mobility as a Service) di ibu pejabatnya di Michigan.

Tidak lama lagi, ianya akan diuji melalui penggunaan awam AV (automated vehicles) di Arlington, Texas dan Ann Arbor, Michigan.

Lahir daripada program Hackathon dan teknologi angkasa

Idea Cabin Awareness ini asalnya dari program Toyota Connected Hackathon pada tahun 2019 dan diangkat lebih tinggi sehingga sekarang.

Ilhamnya pula datang dari teknologi radar gelombang mikro yang dicipta oleh Jet Propulsion Laboratory NASA dalam misi menyelamat gempa bumi di Nepal pada tahun 2015.

Pada masa itu, para jurutera NASA dan penyelamat berupaya mengesan pernafasan dan degupan jantung manusia di bawah runtuhan lebih daripada 30 kaki.

Kaedah tersebut membolehkan pasukan penyelamat tahu lokasi lubang yang perlu dikorek.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…