Terima kasih Cullinan! Rolls-Royce catat rekod jualan tertinggi dalam tempoh 116 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Sejak pengenalan SUV ultra mewah Cullinan ke pasaran dunia, Rolls-Royce berjaya mencatatkan kadar penjualan kenderaan tertinggi dalam tempoh 116 tahun.

Sebanyak 5,125 unit kenderaan telah diedarkan kepada para pelanggan di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, dengan peningkatan jualan sebanyak 25 peratus berbanding 2018.

Cullinan merupakan penyumbang utama kepada angka di atas diikuti dengan permintaan yang cukup memberangsangkan untuk model-model lain seperti Phantom, Ghost, Wraith, dan Dawn.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Rolls-Royce terhadap pertumbuhan jangka panjang, mereka turut mengumumkan dua buah pusat pengedar baharu iaitu Rolls-Royce Motor Cars Brisbane dan Rolls-Royce Motor Cars Shanghai Pudong.

Pasaran Amerika Utara kekal menjadi pasaran terbesar di dunia merangkumi satu pertiga daripada jumlah jualan keseluruhan Rolls-Royce, diikuti oleh China dan Eropah. 

Pasaran lain turut mencatatkan peningkatan jualan seperti Russia, Qatar, Singapura (!), Jepun, Korea dan Australia. 

 


Dalam satu perkembangan yang lain, Rolls-Royce telah pun menghentikan pengeluaran model Ghost pada tahun 2019 selepas 11 tahun berada di dalam produksi. 

Model pengganti kepada Ghost akan diumumkan pada musim panas nanti dan bakal 'menaikkan reputasi nama Ghost' apabila ia mula dijual pada suku keempat tahun ini. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Black Badge diwujudkan untuk menarik generasi pelanggan baharu Rolls-Royce yang mahukan sesuatu…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, tiada maklumat rasmi tentang model ini didedahkan oleh pihak Rolls-Royce…
Berita Global
Inspirasi Dari Bulu Emas Bailey Spectre Bailey hadir dengan skema warna dua tona krim dan emas,…