Toyota bakal lancar EV generasi baharu tahun 2026, jarak gerak lebih 800 km

oleh Mohamad Hanif|
Toyota bakal hadir dengan model kenderaan elektrik (EV) baharu yang menawarkan jarak gerak sejauh 804 km menjelang tahun 2026.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, Toyota akan memperkenalkan sehingga empat jenis bateri generasi baharu, tiga daripadanya menggunakan teknologi bateri elektrolit cecair, dan satu dengan teknologi bateri jenis pejal.

Menurut Toyota, bateri generasi baharu itu akan digunakan pada 1.7 juta unit kenderaan daripada 3.5 juta BEV yang bakal dijual Toyota di peringkat global pada 2030.
 

BEV


Satu daripadanya merupakan bateri lithium-ion Performance yang mampu menawarkan jarak pemanduan melebihi 800 km, pengecasan pantas 10-80 peratus dalam tempoh 20 minit, serta kos pembangunan 20 peratus lebih rendah.

Bateri jenis kedua digelar sebagai Popularization dengan binaan lithium-iron phosphate (LFP) yang lebih rendah kos pembangunannya, peningkatan 20 peratus dari segi jarak gerak, serta pengecasan 10-80 peratus dalam masa 30 minit.

Bateri ketiga yang dijangka muncul 2027-2028 pula merupakan bateri lithium-ion High-Performance dengan jarak gerak melebihi 1,000 km, kos pembangunan 10 peratus lebih murah berbanding bateri Performance, dan menyokong pengecasan pantas DC selama 20 minit.

Bateri jenis pejal (solid-state) pula dijangka sedia untuk dikomersialkan pada 2027-2028 untuk model BEV generasi baharu, di mana pada asalnya Toyota mahu menggunakan teknologi tersebut pada model kenderaan hibrid.
 

bz3


Toyota menjangkakan bateri jenis pejal pertama mereka menawarkan jarak pemanduan sehingga 1,200 km atau 20 peratus lebih jauh berbanding bateri Performance, dengan pengecasan 10-80 peratus dalam masa 10 minit.

Akhir sekali, Toyota kini sedang menjalankan kajian terhadap perubahan ketinggian bateri yang dikatakan mampu menyumbang kepada penambahbaikan aspek aerodinamik dan jarak pemanduan yang lebih jauh.

Tidak seperti unit bateri yang digunakan pada model bZ4X dengan dimensi setinggi 150 mm, di mana Toyota merancang untuk mengurangkan ketinggian tersebut kepada 120 mm untuk EV biasa, dan sehingga 100 mm untuk kereta sports BEV.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…