Toyota Crown Signia 2025 - nadi hibrid 2.5L, 243 hp, AWD

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada bentuk badan keempat bagi keluarga Crown generasi baharu, iaitu Toyota Crown Signia 2025.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini -  Toyota Crown Estate.

Baca: Toyota Crown generasi baharu - Crossover, Sedan, Sport, Estate

Toyota Crown Signia 2025 yang ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat ini hanya dibekalkan dengan trenkuasa hibrid 2.5 liter yang dipadankan dengan dua motor elektrik, kuasa keseluruhan 243 hp dan empat mod pemanduan (EV, Eco, Normal, Sport).
 

Crown


Kapasiti pek bateri sistem hibrid ini tidak didedahkan, namun sama seperti model hibrid Toyota yang lain, Crown Signia juga berupaya dipandu dalam emisi sifar tanpa setitik petrol menggunakan mod EV.

Sistem pacuan semua roda (AWD) adalah standard di mana Crown Signia ini mampu menunda muatan sehingga 1,225 kg.
 

crown


Susun atur Crown Signia adalah hampir sama dengan adik-beadik Crown yang lain, di mana anda boleh melihat kehadiran skrin kluster 12.3 inci yang dipadankan dengan skrin infohibur 12.3 inci.

Secara standard, Crown Signia didatangkan dengan tempat duduk hadapan larasan lapan tahap, pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fungsi pemanasan dan pengudaraan tempat duduk dan sistem audio dengan enam pembesar suara.

Versi tertinggi pula dibekalkan dengan sistem audio premium JBL dengan 11 pembesar suara dan subwoofer.
 

crown


Sama seperti penawaran model Toyota sedia ada, Crown Signia 2025 turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0 secara standard, merangkumi fungsi seperti amaran pra-pelanggan, amaran keluar lorong, bantuan stereng, kawalan jelajah radar dinamik, bantuan papan tanda, serta bantuan suluhan tinggi, selain opsyen Advanced Technology Package (bantuan penukaran lorong dan sistem pemantauan panorama).

Di pasaran Amerika Syarikat, SUV saiz pertengahan dengan dua baris tempat duduk ini akan mula dijual pada musim panas 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Baca: Toyota Crown Sedan 2024 Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa…
Berita Global
Generasi keenam belas Toyota Crown telah dilancarkan pada tahun lalu, mendedahkan empat bentuk…