Kini memiliki GR Supra lebih mudah apabila Toyota Australia berjaya mendapatkan stok tambahan dan jumlah terhad boleh didapati terus daripada pengedar.
Satu lagi pengumuman penting apabila GR Supra model 2021 tidak sama dengan model sebelumnya. Toyota telah meningkatkan kuasa enjin dan membuat perubahan pada suspensi.
Model itu akan mula dipasarkan di Australia pada penghujung 2020.
Enjin 3.0 liter enam silinder GR Supra ditingkatkan sebanyak 14 peratus kepada 382hp. Kuasa enjin GR Supra di pasaran sekarang ialah 335hp dan tork 500Nm.
Toyota tidak memperincikan perubahan yang dibuat namun ia adalah sebahagian daripada janji sewaktu pelancaran Supra untuk ia sentiasa berevolusi.
Toyota turut mempertingkatkan pengendalian melalui penggunaan pendakap cesi (chassis braces) pada bahagian enjin.
Pada masa yang sama, talaan damper diperbaharui termasuk pengaturcaraan pada stereng berkuasa elektrik, adaptive damper, differential dan kawalan penstabilan.
GR Supra sebenarnya sangat baru di pasaran dan perubahan yang dibuat pantas ketika peminat masih lagi mengagumi kelahiran semula model ikonik itu.
Apa yang jelas, Toyota telah mengotakan janji untuk sentiasa memperbaharui Supra. Harga juga khabarnya akan naik sedikit.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
Kredit foto: Muhammad Md Tajudin