Toyota GR86 edisi ulang tahun ke-40 AE86, 200 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 1983 menandakan kemunculan generasi kereta sports pacuan roda belakang Toyota AE86 (Trueno & Levin) di mana semangat tersebut kini diwarisi oleh Toyota GT86 dan generasi kedua GR86.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-40, Toyota melancarkan kereta sports coupe Toyota GR86 AE86 40th Anniversary Edition yang dihadkan kepada 200 unit untuk pasaran Jepun.
 

86


Varian edisi khas itu dipadankan dengan rim kemasan dark gray  metallic bersaiz 18 inci, kemasan hitam berkilat pada perumah cermin sisi dan spoiler belakang, decal luaran yang diinspirasikan daripada Panda Trueno, dan kemasan dalaman berwarna merah dan hitam.

Tidak ketinggalan, logo "Since 1983 40th" yang turut didapati pada panel pintu.
 

86


Selain daripada itu, Toyota GR86 versi ulang tahun ini turut mendapat penyerap hentak Sachs dan rotor brek berventilasi Brembo, di mana penawaran ini adalah menyamai model GR86 Trueno Edition yang dilancarkan di Amerika Syarikat sebelum ini.

Aspek keselamatan GR86 telah dipertingkatkan dengan ciri EyeSight yang standard untuk semua varian bertransmisi manual.  
 

86


Harga jualan GR86 edisi ulang tahun ke-40 ini bermula dari 3,822,000 yen (RM120,814) untuk versi manual, sementara versi automatik pula berharga 3,920,000 yen (RM123,912).

Disebabkan angka produksi dihadkan kepada 200 unit, pembeli yang layak akan ditentukan menerusi cabutan undian.

Berita Berkenaan

Berita Global
Inspirasi Terus Dari AE86 Trueno Elemen paling mencuri tumpuan sudah tentu lampu pop-up halogen…
Berita Global
Naik Taraf Suspensi & Keupayaan Off-Road Pakej asas Kuhl Outroad menampilkan sistem suspensi…
Berita Global
  Di bahagian dalam, suasana hitam dibangkitkan dengan riasan kuning.  Kerusi sport dibalut …