Setakat ini Toyota masih belum berkongsi mengenai spesifikasi penuh SUV tersebut, namun apa yang diketahui setakat ini ianya bakal didatangkan dengan tiga pilihan enjin.
Bermula dengan enjin pembakaran dalaman asli (ICE), iaitu enjin 2.4 liter 4 silinder turbo dan enjin 2.5 liter hibrid bersama pacuan roda depan (FWD).
Manakala varian tertingginya, iaitu Hybrid Max mungkin bakal dikuasakan enjin 2.5 liter dipadankan dengan motor elektrik sama seperti yang ditawarkan pada Toyota Crown, bersama sistem pacuan semua roda (AWD) menghasilkan 362 HP.
Grand Highlander dibina menggunakan platform TNGA-K, walaupun ianya tidak memiliki saiz penuh seperti Highlander biasa, ia didatangkan dengan gayanya yang tersendiri.
Tiga tahap trim - XLE, Limited dan Platinum menawarkan pelbagai perbezaan trim dan pilihan roda (bermula dengan 18-inci). Grand Highlander dengan trenkuasa Hybrid Max akan mendapat fasia bawah eksklusif dan ekzos dwi.
Pada bahagian dalam, kita boleh lihat beberapa perincian mewah yang ditawarkan Toyota, tanpa mengira tahap trim, SUV itu akan ditawarkan dengan barisan tempat duduk ketiga bersaiz dewasa yang memiliki ruang untuk beberapa beg di belakangnya.
Ia juga ditawarkan dengan skrin infotainment 12.3 inci yang didatangkan standard, trim permulaan iaitu XLE turut didatangkan dengan tempat duduk elektrik dan pemanas, 6 port pengecas USB, pengecas tanpa wayar dan Toyota Safety Sense 3.0.
Bermula dari trim Limited pula, Toyota menambah tempat duduk depan balutan kulit dan tempat duduk kapten bersama fungsi pemanas di barisan kedua.
Ia turut ditawarkan dengan fungsi pemanas pada stereng, sistem bunyi bersama 11 pembesar suara JBL dan banyak lagi, bahagian luar pula ia dilengkapi roda bersaiz 20 inci serta lampu LED untuk DRL dan lampu kabus.
Bermula dari trim Platinum pula Toyota akan menambah paparan head-up, kamera panoramik, bantuan kesesakan lalu lintas dan banyak lagi.
Selain itu, Grand Highlander didatangkan dengan Sistem Multimedia menawarkan kawalan suara untuk mengakses pelbagai sistem serta perkhidmatan bersambung seperti Cloud Navigation dan Destination Assist.
Toyota juga menawarkan beberapa perkhidmatan langganan seperti Remote Connect untuk mengaktifkan pelbagai sistem seperti lampu depan, kunci pintu atau menghidupkan enjin melalui telefon pintar.