Toyota hasilkan GR Rear Wing untuk GR86, harga RM16k

oleh Mohamad Hanif|
Mahukan imej GR86 yang lebih garang?

Divisyen Toyota TRD kini menawarkan pakej GT Wing "GR Rear Wing"  untuk para pemilik GR86 bermula 1 September ini, dengan kos bermula dari 517,000 yen (RM16,462).

Kenapa GT wing TRD ini begitu mahal?
 

GR


Pertama sekali, ia diperbuat daripada bahan plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) yang jauh lebih ringan dipegang oleh tiang aluminium yang dipasangkan pada bahagian belakang trunk lid.

Yang kedua, ia bukanlah sayap yang dihasilkan untuk tujuan kosmetik semata-mata, sebaliknya pihak TRD membangunkan sayap belakang ini dengan menggunakan teknologi perkomputeran dinamik bendalir (CFD).
 

GR86


Hasil daripada kajian tersebut, GR Rear Wing itu mampu mengurangkan kesan rintangan udara dan dalam masa yang sama meningkatkan daya mendap (downforce).

GR Rear Wing itu juga turut didatangkan dengan tiga larasan sudut untuk disesuaikan dengan pemanduan semasa, iaitu 0°, 1.25° atau 2.5°.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Melalui inisiatif GR Heritage Parts yang bermula sejak 2019, pengeluar gergasi Jepun itu telah…
Berita Global
Peningkatan Spesifikasi dan Ciri Standard Yaris Cross Bagi model Yaris Cross, Toyota memberikan…
Berita Global
Ya, tanpa enjin pembakaran dalaman, tanpa klac sebenar yang mengawal pembakaran, namun masih dengan…