Ia sekaligus meletakkan pesaingnya Volkswagen AG di tempat kedua dengan 4,978,200 unit untuk tempoh yang sama.
Sebagai perbandingan, pesaing dari negara matahari terbit, Honda Motor Co. pula berjaya mencatatkan jualan sebanyak 2.37 juta unit kenderaan (naik 25.8 peratus), manakala Nissan Motor Co. pula merekodkan peningkatan 21.5 peratus kepada 2.20 juta unit kenderaan untuk tempoh yang sama di peringkat global.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Toyota menjadi pengeluar utama dunia untuk pencapaian 1H2021 tatkala pasaran global sedang cuba pulih daripada pandemik coronavirus dan krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor.
Sepanjang tempoh Januari-Jun, Toyota telah berjaya menjual 5,467,218 unit kenderaan di peringkat global, peningkatan sebanyak 31.3 peratus berbanding tahun lalu.
Jumlah jualan tersebut turut merangkumi kenderaan yang dijual oleh syarikat subsidiarinya iaitu Daihatsu Motor Co dan Hino Motors Ltd.
Peningkatan permintaan yang kuat di pasaran Amerika dan China melonjakkan angka jualan sebanyak 36.5 peratus kepada rekod terbaharu 4.3 juta kenderaan sepanjang tempoh tersebut.
Sementara di Jepun, Toyota turut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 15.0 peratus kepada 1.17 juta kenderaan yang turut merangkumi kereta kei bersesaran 660 cc.
Sumber: Japan Today