Toyota labur RM25 bilion bina kilang bateri EV di Amerika, Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun disifatkan agak ketinggalan berbanding pengeluar lain, ia tidak menghalang Toyota daripada mengorak langkah seterusnya untuk maju di dalam bidang elektrifikasi model kenderaannya.

Dalam satu perkembangan terkini, Toyota dilapor akan melabur sejumlah 730 bilion yen (RM25 bilion) untuk membangunkan fasiliti penghasilan bateri kenderaan elektrik di Amerika Syarikat dan Jepun.
 

BZ4X


Produksi bateri di kilang baharu itu dijangka bermula seawal tahun 2024 atau selewat-lewatnya 2026, di mana ia akan meningkatkan produksi bateri secara keseluruhan sehingga 40 GWh di kedua-dua pasaran tersebut.

Daripada jumlah 730 bilion itu, 400 bilion yen (RM12.5 bilion) akan disalurkan terus kepada Kilang Himeji yang dioperasikan oleh Prime Planet Energy & Solutions dan fasiliti Toyota yang lain.

Manakala 325 bilion yen lagi (RM10.5 bilion) lagi akan dilaburkan untuk fasiliti Toyota Battery Manufacturing North Carolina yang dimiliki 90 peratus oleh Toyota Motor Amerika Utara dan 10 peratus oleh Toyota Tsusho Corporation.
 

Hybrid


Dalam pada itu, Toyota percaya langkah untuk mencapai neutral karbon tidak hanya boleh dicapai menerusi penawaran EV semata-semata, sebaliknya boleh dicapai dengan baik dengan menggunakan beberapa teknologi trenkuasa yang berbeza.

"Toyota percaya terdapat lebih daripada satu pilihan yang boleh diambil untuk mencapai neutral karbon. Bergantung kepada pasaran dan rantau, Toyota akan terus menjalankan setiap usaha untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis pelanggan dengan lebih fleksibel dengan menawarkan pelbagai jenis trenkuasa serta sebanyak mungkin pilihan kepada mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan mengingatkan kepada Prius baharu dan dari tepi tampil dengan garisan tajam dan…
Berita Global
Yuji Fujiwara, Ketua Pereka Projek, Simon Humphries, Pengurus Besar Kanan, Reka Bentuk, Satoki…
Berita Global
Baru-baru ini, laporan dari Nikkei Asia menunjukkan bahawa Tesla memperoleh keuntungan lapan kali…