Toyota mahu kereta sports kekal 'hidup' dengan enjin hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Kita seharusnya berterima kasih kepada Toyota, khususnya insan bernama Akio Toyoda kerana membenarkan syarikat itu terus menghasilkan barisan kereta-kereta sports era moden yang sangat mencuri tumpuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada memfokuskan kepada model seperti GR Yaris, GR Supra, GR Corolla dan GR86, Toyota juga kini sedang fokus untuk menghasilkan teknologi yang mampu mengurangkan pelepasan emisi.

Salah satu daripadanya ialah enjin pembakaran dalaman hidrogen.

Dalam satu temubual oleh Autocar, Masahito Watanabe selaku ketua divisyen Toyota GAZOO Racing menjelaskan bahawa langkah elektrifikasi penuh bukanlah satu kepentingan utama buat masa ini.
 

ICE


"Kami masih percaya enjin pembakaran dalaman masih lagi mempunyai potensi. Kami tidak akan berputus asa, dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja.

"Ini kerana jika anda melihat kepada enjin pembakaran dalaman, terdapat pendekatan menggunakan hidrogen yang masih lagi boleh menjadi sebahagian daripada barisan model sifar emisi, jadi saya fikir itu boleh diteruskan.

Dalam pada itu, Toyota juga akur dengan halangan utama untuk melaksanakan teknologi enjin hidrogen, iaitu masalah kekurangan infrastruktur.
 

C


"Ini bermaksud, kami tidak akan dapat mengkomersialkan teknologi enjin hidrogen buat masa ini.

Jelasnya lagi, pihaknya sedang melihat pendekatan yang dibuat di beberapa pasaran utama, serta langkah yang diambil oleh syarikat swasta untuk meningkatkan infrastruktur hidrogen.

"Apa yang kami mahu lakukan ialah dengan memberikan sebanyak mungkin pilihan kepada pelanggan kami, dan kami akan terus membangunkan (teknologi) enjin hidrogen sebagai sebahagian daripada langkah tersebut.
 

GR Yaris


Toyota sebelum ini telah pun menguji enjin ICE yang disuap bahan api hidrogen menerusi jentera lumba Corolla Sport di Super Taikyu, sebelum memperlihatkan beberapa buah model konsep berkuasa hidrogen seperti GR Yaris H2 Concept dan Corolla Cross H2 Concept.

Baca: Toyota GR Yaris H2 Concept

Baca: Toyota Corolla Cross H2 Concept

 

 

Baca: Bunyi enjin Corolla Sport hidrogen

Baca: Pendapat Mr Bean pasal GR Yaris H2 Concept

Baca: Drift King uji jentera lumba Corolla Sport hidrogen

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…