Toyota masih percaya enjin petrol kekal relevan dalam era EV

oleh Mohamad Hanif|
Di saat pengeluar automotif utama global sudah pun memulakan usaha untuk menawarkan barisan model kenderaan elektrik, Toyota pula berpendapat masih terlalu awal untuk menumpukan perhatian kepada EV semata-mata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kata-kata itu diungkapkan oleh pengarah Shigeki Terashi sebagai respon kepada persoalan pelabur kenapa syarikat automotif terbesar dunia itu mengambil jalan yang berbeza berbanding Honda Motor Co. yang mensasarkan penjualan EV menjelang 2040.

Tidak seperti Honda serta pengeluar utama lain seperti General Motors, Toyota masih lagi percaya kenderaan konvensional masih lagi memegang peranan utama di dalam pasaran automotif global.

Disebabkan itu, sehingga tahun 2050, Toyota akan mengekalkan beberapa opsyen trenkuasa kepada para pengguna termasuklah kereta hibrid, dan kenderaan sel bahan api (FCEV).

 

Toyota bZ4X Concept


Menurut Ketua Pegawai Teknologi Toyota Masahiko Maeda menjelaskan, "sesetengah pihak suka akan kenderaan elektrik bateri, namun ramai yang tidak melihat teknolgi masa kini sebagai sesuatu yang menyenangkan. Apa yang penting adalah pilihan pelanggan itu sendiri.

Logik Toyota disebalik pendekatan yang berhati-hati terhadap EV bukan sekadar tertumpu kepada ramalan permintaan pelanggan, akan tetapi ia lebih kepada emisi kitaran hidup EV itu sendiri.

Menurut kajian, proses penghasilan bahan untuk membuat EV dan bateri menyumbang kepada jumlah emisi yang besar kepada alam sekitar berbanding kenderaan konvensional.

 

Subaru SolTerra


Walaupun nada Toyota dilihat agak keras di dalam pelaksanaan EV, namun Toyota sedang menumpukan perhatian untuk menjadikan menjadikan kos produksi sesebuah EV lebih rendah.

Malah, Toyota juga kini sedang bekerjasama dengan Subaru untuk menawarkan barisan kenderaan elektrik dengan menggunakan platform khusus e-TNGA, seperti Toyota bZ4X dan Subaru SolTerra.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…