Toyota, Panasonic bergabung - fokus kepada rumah pintar!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada kolaborasi di dalam pembangunan bateri EV, Toyota dan Panasonic kini mengorak langkah baharu dengan menandatangani perjanjian persefahaman baharu bagi membangunkan perkhidmatan terhubung untuk kediaman dan kawasan urban. 

Difahamkan, sebuah syarikat baharu akan terbentuk seawal tahun hadapan, dan kedua-dua syarikat tersebut bakal mempunyai pegangan yang sama-rata.

Panasonic turut bakal menawarkan pegangannya di dalam Panasonic Homes, Panasonic Engineering dan Matsumura-gumi ke dalam syarikat baharu tersebut.

Kedua-dua Panasonic dan Toyota akan memfokuskan lebih kepada teknologi perkhidmatan bersifat peribadi untuk kediaman, teknologi IoT di dalam perkakasan rumah dan evolusi di dalam mobiliti. 

Menurut CEO Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda berkata, "dengan kekuatan Toyota sebagai gergasi automotif dan Panasonic yang arif tentang barangan elektrik, bateri dan IoT diharap bakal membawakan kepada umat manusia satu gaya hidup yang serba baharu.
 


Dengan melebarkan sayap penguasaan daripada pembuatan kereta kepada perkhidmatan pengangkutan dan tenaga kediaman, Toyota berhadap mereka akan lebih kekal berdaya saing di samping meningkatkan aliran pendapatannya. 

Kisah Toyota ini sebenarnya mengingatkan penulis kepada sebuah syarikat besar China di dalam bidang komunikasi, Xiaomi yang kini bukan sahaja menjual peranti pintar, malah pelbagai peralatan kediaman turut ditawarkan.

Izinkan penulis mengubah sedikit kata-kata yang dipetik dari filem The Lord of The Rings, "One brand to rule them all", dan jenama tersebut adalah Toyota!

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…