Toyota pengeluar automotif No. 1 global tahun 2020, Volkswagen kalah!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pertama kalinya dalam masa lima tahun, Toyota Motor Corp telah berjaya meraih kedudukan tertinggi dalam penjualan kenderaan di peringkat global pada tahun 2020, sekaligus mengalahkan Volkswagen AG.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarikat Jepun itu berjaya menjual kira-kira 9.53 juta unit kenderaan di peringkat global, termasuklah unit yang dijual menerusi Daihatsu Motor Co dan pembuat trak Hino Motors Ltd berbanding angka jualan Volkswagen sebanyak 9.31 juta unit.

Pun begitu, menurut Toyota angka tersebut sebenarnya menurun 11.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.

Prestasi penjualan kenderaan global Toyota turut mencatatkan penurunan buat kali pertama dalam tempoh lima tahun akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia pada tahun lalu (April-Jun).

Namun angka tersebut meningkat terutama daripada pasaran utama seperti China dan Amerika Syarikat, di mana mereka berjaya mencatatkan peningkatan selama tiga bulan berturut-turut dari bulan Oktober.

 


Jika dilihat kepada prestasi penjualan jenama Toyota sahaja, mereka berjaya menjual 8.69 juta kenderaan (penurunan sebanyak 10.5 peratus), sementara angka produksi juga menurun 12.6 peratus kepada 7.91 juta kenderaan.

Sementara itu, pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi berjaya mencatatkan rekod jualan global sebanyak 7.8 juta unit dengan penurunan sebanyak 23.2 peratus.

Sebagai perbandingan antara ketiga-tiga jenama pakatan itu, Nissan mencatatkan angka penjualan sebanyak 4.03 juta unit (turun 22.2 peratus), diikuti oleh Renault sebanyak 2.95 juta unit (turun 21.3 peratus) dan Mitsubishi sebanyak 819,904 unit (turun 33.1 peratus).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…