Toyota Prius bakal didatangkan dengan lencana GRMN

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Nama Prius bukanlah suatu pilihan dalam dunia sukan permotoran melibatkan apa-apa kategori sekalipun, ianya popular sebagai kereta hibrid pertama toyota yang jimat minyak dengan ketahanan dan kos selenggara murah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan media Jepun iaitu Best Car Web, Toyota sedang merancang untuk memperkenalkan Prius dengan lencana GRMN bersama beberapa naik taraf prestasi, ianya dijangka tiba menjelang tahun 2023 atau 2024.

Prius GRMN dilaporkan akan dibina diatas platform GA-C yang sama seperti GR Corolla bersama naik taraf unibody dan kimpalan tambahan untuk menguatkan lagi casis tersebut.

 

2

 

Ia juga akan meneriman naik taraf sistem brek, suspensi dan kemasan dalaman eksklusif GR yang lebih sporty dan menarik.

Namun, maklumat mengenai trenkuasa yang akan digunakan Toyota tidak dapat dipastikan, sumber juga mengatakan bahawa Prius GRMN akan diasakan dari model Prius PHEV.

Varian Prius PHEV dikuasakan oleh enjin Dynamic Force 2.0 liter dipadankan bersama motor elektrik menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 220 HP.

 

2

 

Disebabkan Prius tersebut berkongsi platform yang sama dengan GR Corolla, tidak mustahil juga ia akan dikuasakan oleh enjin G16E-GTS 3 silinder 1.6 liter turbo dipadankan dengan trenkuasa hibrid yang belum pernah dilakukan Toyota.

Apa-apa pun kita nantikan ketibaannya yang dijangka muncul seawal akhir tahun ini, antara sesuatu yang menarik dari Toyota dalam era elektrifikasi masa kini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…