Toyota rancang uji trak pikap EV di Thailand sebagai Teksi Hailak

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota nampaknya mahu terus memastikan penguasaan mereka berterusan dalam segmen kenderaan nombor satu Thailand, trak pikap.

Menurut laporan dari South China Morning Post (SCMP), gergasi Jepun itu bakal memulakan ujian trak pikap elektrik di Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini ialah reaksi Toyota terhadap perkembangan kenderaan elektrik (EV) dari  syarikat-syarikat automotif China di negara tersebut.

Syarikat automotif China baru-baru ini telah menyuarakan hasrat mereka untuk melabur sebanyak US$1.5 bilion bagi membina fasiliti pemasangan kenderaan EV di Thailand sebagai antara aktiviti untuk mengukuhkan pasaran automotif mereka di luar negara itu.

Thailand ialah salah satu dari lima pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk Toyota di seluruh dunia dan ujian yang bakal bermula itu ialah untuk memastikan trak pikap elektrik Toyota boleh disesuaikan untuk kegunaan pengguna tempatan Thai.

SCMP juga menyatakan ujian awal trak pikap EV Toyota itu akan dilakukan di kawasan pantai Pattaya awal tahun hadapan dan berfungsi sebagai "songthaews", trak pikap yang menjadi teksi.

Untuk laporan penuh, sila ke pautan di bawah:

www.scmp.com/business/china-business

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…