Toyota sasar produksi 600,000 unit EV tahun 2025

oleh Mohamad Hanif|
Untuk bersaing secara sihat dengan pengeluar kenderaan elektrik (EV) lain seperti Tesla dan BYD, Toyota menyasarkan angka produksi berjumlah 600,000 unit setahun pada tahun 2025.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.

Sebagai perbandingan, Toyota sekadar menjual 24,000 unit EV sepanjang tempoh tahun 2022.
 

EV


Untuk tahun 2023 pula, Toyota menyasarkan produksi EV sebanyak 150,000 unit daripada lebih 10 juta unit kenderaan yang disasarkan.

Toyota juga kini sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan beberapa buah model EV dalam masa terdekat.

Seperti contoh, sebuah Hilux EV dijangka akan tiba di Thailand seawal tahun ini, diikuti dengan SUV elektrik di China dan US untuk tahun hadapan.
 

revo


Lexus pula dijangka akan melancarkan model ES elektrik pada tahun 2025.

Selain daripada itu, Toyota juga sedang bekerjasama dengan Suzuki dan syarikat subsidiarinya Daihatsu Motor untuk menghasilkan beberapa buah kenderaan komersial berkuasa elektrik bersaiz kecil.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Informasi
Untuk makluman, Toyota juga turut mempunyai program Loyal-T yang menjanjikan pelbagai manfaat dan…
Berita Global
Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu…
Berita Global
Selain daripada memfokuskan kepada model seperti GR Yaris, GR Supra, GR Corolla dan GR86, Toyota…