Toyota Tundra 2018 - terus datang dengan option TRD

oleh HEZERI SAMSURI|
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kepada mereka yang pernah ke Arab Saudi dan negara Timur Tengah, pasti pernah melihat trak pikap gergasi Toyota, iaitu Toyota Tundra.

Sebenarnya, di dalam pasaran trak pikap global, ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Car-based pickups
Trak pikap paling selesa kerana ia menggunakan kerangka atau chasis monocoque/unibody seperti kereta.
Selalunya, ia juga kecil dan mempunyai kadar muatan yang rendah kerana menggunakan platform monocoque. 
Contoh terbaik ialah Proton Arean, sport-utes di Australia dan paling ekstrem ialah Honda Ridgline.

2. Medium-size pickups
Ini ialah kategori trak pikap paling popular di dunia.
Menggunakan kerangka ladder-frame di mana rangka di bawah dan diletakkan badannya di atas rangka itu.
Contoh popular ialah semua trak pikap di Malaysia dan Thailand seperti Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Ford Ranger, Nissan Navara, Chevrolet Colorado dan sebagainya.
Majoriti menggunakan enjin turbo-diesel.

3. Full-size pickups
Kategori ini yang paling glamour dan yang ramai impikan kerana pengaruh filem-filem Amerika dan juga gambar-gambar di dalam internet.
Ia sama seperti medium-size pickups cuma saiznya jauh lebih besar.
Cuma dijual di negara-negara seperti US dan Timur Tengah di mana harga petrol murah.
Enjin yang digunakan selalunya melebihi 3,500 cc dan 80 peratus ialah enjin petrol.
Tidak banyak dieksport ke negara seperti Malaysia atau Jepun atau UK kerana ia mempunyai enjin yang terlalu besar dan mentekdarah minyak serta paling penting, ia tidak datang dalam varian panduan sebelah kanan.
Contoh popular ialah Ford Raptor, Ford F150, Chevrolet Silverado, Toyota Tundra dan sebagainya.

Jadi Toyota Tundra memang dibina khusus untuk pasaran US bagi mereka yang mahukan sebuah trak pikap yang besar, berkuasa dan sangat lasak (orang Amerika sendiri mengakui produk yang lasak memang datang dari Jepun).

Untuk Tundra baharu ini, ia dibina di kilang Toyota di Texas dan datang dalam dua jenis badan sahaja - double cab empat pintu, CrewMax empat pintu dengan badan lebih panjang.

Ia tidak lagi datang dalam bentuk single-cab kerana kurang permintaan.

Ada dua enjin yang ditawarkan:

  • Enjin standard 4.6-liter i-Force V8 dengan 310 hp dan 443 Nm.
  • Enjin paling popular untuk Tundra, enjin 5.7-liter V8 dengan 381 hp dan 544 Nm.

 

Kit TRD Sport Package pula menawarkan roda aloi 20-inci, sistem gantungan ditala kembali dengan bantuan anti-sway bar dan penyerap hentak sport Bilstein dan kepala gear TRD serta karpet kaki TRD.

Kami pasti akan ada sticker pelekat TRD di luar juga.

Kami harap ia tidak akan datang ke Malaysia kerana jalanraya kita tidak sesuai untuk trak pikap sebesar ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terima kasih kepada penglibatan berterusan di dalam sukan permotoran, Toyota kini boleh menggunakan…
Berita Global
Angka tersebut dilihat jauh lebih tinggi berbanding 190,000 unit yang disasarkan pada tahun 2024.…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Tesla telah memohon sebanyak 836 paten teknologi untuk tempoh 2003…