Trak pikap F-150 paling aneh dalam sejarah - enjin di belakang, pemanduan mengundur...

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa persoalan terlintas di fikiran tatkala melihat trak pikap yang nampak normal ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Adakah ia varian Ford F-150 pacuan roda hadapan? Kenapa pula enjinnya terletak di bahagian bed belakang? Dan kenapa pula trak pikap ini menunjukkan pemanduan mengundur sepanjang masa?

Kesemua ini terjawab menerusi satu video yang dimuatnaik menerusi saluran YouTube 1320Video yang meneruramah sendiri pemilik Ford F-150 aneh ini ketika acara Cleetus and Cars di Indiana.

Sekali imbas, memang trak pikap ini nampak macam trak pikap yang biasa dilihat atas jalan dan lengkap dengan hiasan tanduk kerbau pada hud enjin.

 


Namun jika anda melihat dengan teliti, enjin yang sepatutnya berada di depan telah dimuatkan pada bahagian bed, dan tempat duduk telah dipusingkan 180 darjah supaya menghadap enjin di 'belakang' trak itu tadi.

Lebih menakjubkan apabila sistem stereng berjaya disembunyikan dengan baik di bahagian bawah bed.

Menurut pemilik, trak pikap ini asalnya hampir dihantar ke pusat pelupusan, namun setelah berbincang dengan bapa mertuanya pada tahun 2004, mereka memutuskan untuk menjadikan trak pikap F-150 ini unik dan lain daripada yang lain.

Tambah pemilik itu lagi, beliau pernah ditahan oleh pihak berkuasa bukan sekali, malah sehingga 22 kali ketika memandu di atas jalan raya, dan mengejutkan apabila modifikasi ini sebenarnya sah digunakan di atas jalan raya!

Yang pasti, pemiliknya masih lagi waras untuk tidak membawa trak pikap ini melawan arus seperti mana sesetengah pemandu di Malaysia...

Sumber: 1320Video (Youtube)

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…