VIDEO: Bateri dari sebuah EV China dirakam terjatuh semasa dipandu

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebuah EV buatan China, Cao Cao 60 dirakam sedang dipandu di jalan Ring Road, Chengdu sebelum bateri dari EV tersebut tercabut dan terjatuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cao Cao 60 merupakan sebuah model EV dari jenama Cao Cao Auto yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac lepas, dimana Cao Cao Auto juga merupakan salah satu jenama di bawah Geely.

 

2

 

Ianya dihasilkan oleh syarikat Maple, sebuah lagi jenama di bawah kumpulan Geely, dimana ia mampu mencecah jarak gerak sehingga 415 km untuk sekali cas penuh.

Direka oleh Geely, Cao Cao 60 telah dibina khusus untuk perkhidmatan seru-pandu (e-hailing), menariknya juga ia menampilkan teknologi bateri boleh tukar yang boleh dilakukan dalam masa 60 saat sahaja.

 

 

Melalui video tersebut, jelas kelihatan bahawa bateri itu tertanggal dengan mudah tanpa memerlukan lebih dari 30 saat, EV itu berhenti kira-kira 20 meter selepas ia kehilangan sumber kuasa utamanya.

Pastinya teknologi bateri boleh ganti itu masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki, mujur hanya kejadian bateri tertanggal sahaja yang berlaku tanpa melibatkan insiden yang lebih teruk.

 

Baca: Geely lancar Cao Cao 60

 

Sumber: CarNewsChina

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Pemilik itu dilapor menghadapi dilema apabila dia mengetahui bahawa Model 3 yang dibeli pada tahun…
Berita Global
Keadaan ini merumitkan bila banyak negara mula mengadakan sekatan ekonomi dan meningkatkan…
Berita Global
Menurut laporan dari Motor Authority, jurucakap Ford, Emma Bergg mengesahkan bahawa kedua arahan…