Volvo Malaysia bakal lancar C40 Recharge tahun ini, sasar satu EV baharu setiap tahun

oleh Mohamad Hanif|
Dengan pelancaran rasmi model Volvo XC40 Recharge Pure Electric untuk pasaran tempatan, ia sekaligus mencerminkan komitmen Volvo Car Malaysia untuk menjadi sebuah syarikat automotif yang menawarkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Ketika pelancaran itu juga, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump mengumumkan sasaran untuk menjadi peneraju di dalam segmen kereta elektrik mewah di Malaysia, dengan satu EV baharu dilancarkan untuk setiap tahun bermula tahun ini (2022).

Sebagai makluman, Volvo XC40 Recharge Pure Electric merupakan model EV pertama Volvo, dan Volvo Car Malaysia juga kini merupakan jenama mewah pertama di Malaysia yang menawarkan kenderaan elektrik dalam bentuk unit pemasangan tempatan (CKD)

Selain model XC40 Recharge, Volvo Car Malaysia akan melancarkan sebuah lagi model kenderaan elektrik, iaitu C40 Recharge pada tahun ini.

Volvo Car Malaysia juga turut merancang untuk mengeksport kenderaan elektrik (EV) ke pasaran di dalam rantau ASEAN kelak.

Harga jualan bagi model EV Volvo XC40 Recharge Pure Electric hanya akan diumumkan pada 4 April 2022, manakala pengedaran model tersebut akan dimulakan menjelang akhir bulan April.

Baca: Volvo XC40 Recharge 2022 (CKD)

Baca: Volvo C40 Recharge 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Gao Feng sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengurus Besar di kilang Volvo Taizhou sejak tahun…
Berita Domestik
Sehingga kini, Volvo Car Malaysia telah menerima lebih 400 tempahan dan lebih 120 unit telah pun…
Berita Domestik
Antara kelebihan utama yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah seperti kadar faedah serendah 1…