VW Golf GTI Mk8 - macam-macam jajan ada!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dilancarkan secara rasmi beberapa bulan yang lalu, baru-baru ini pihak Volkswagen turut sama mengadakan sesi penerangan dalam talian bagi berkongsi lebih banyak butiran lanjut berkenaan hot hatch Volkswagen Golf GTI Mk8.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan beberapa informasi menarik berkenaan teknologi yang ditawarkan pada VW Golf GTI Mk8.

 

Enjin & Transmisi


Menghuni ruang trenkuasa adalah enjin EA888 evo4 2.0 liter turbo suntikan terus (TSI) yang mampu menghasilkan 245 PS dan daya kilas 370 Nm.

Secara standard, Golf GTI didatangkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan, manakala kotak gear klac berkembar DSG tujuh nisbah kelajuan pula ditawarkan sebagai pilihan kepada mereka yang tidak menggemari kereta tiga pedal.

 

Kawalan Pemanduan yang lebih dinamik


Volkswagen telah melengkapkan Golf GTI dengan ciri Vehicle Dynamics Manager yang mampu mengawal kekunci differensial elektronik XDS, serta suspensi adaptif DCC sehingga 200 kali untuk setiap saat.

Sementara talaan kepada casis pula membolehkan pemandu memilih mod yang digemari berdasarkan pemanduan semasa - sama ada pemanduan yang lebih selesa ataupun pemanduan yang lebih sporti dan mengujakan ketika memasuki selekoh.

Ciri ini menjadikan Golf GTI Mk8 lebih dinamik kawalan pemanduannya berbanding generasi terdahulu.

 

Sistem suspensi yang dinaiktaraf


Tidak cukup sekadar itu, Volkswagen juga turut menjalankan modifikasi terhadap kedua-dua sistem suspensi hadapan dan belakang, di mana bearing wishbone serta tetapan spring pada bahagian hadapan telah dikonfigurasikan semula, lebih ringan malah lebih tegar terima kasih kepada penggunaan subrangka aluminium.

Kadar spring (spring rate) juga turut meningkat di mana ia kini lebih keras 5 peratus di hadapan dan 15 peratus di bahagian belakang jika dibandingkan dengan Golf Mk7.

 

Lebih aerodinamik!


Jika dibandingkan dengan rekaan pada model terdahulu, para jurutera telah menjadikan Golf GTI Mk8 lebih rata, dan lebih dinamik, dan ini menyumbang kepada nilai kadar pekali seretan menurun dari 0.3 kepada 0.275.

Ini turut dibuktikan dalam satu ujian pusingan di litar ujian Ehra, Golf GTI Mk8 berjaya mengurangkan masa pusingan daripada 2:08.7 (Golf Mk7) kepada 2:04.8 sahaja!

 

Tayar opsyen Michelin Pilot Sport Cup 2!


Secara standard, Volkswagen menawarkan sehingga lima pilihan roda yang merangkumi set rim bersaiz 17, 18 sehingga 19 inci yang dibaluti tayar Bridgestone.

Namun, untuk Golf GTI Mk8, VW turut menawarkan pilihan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 untuk mereka yang mahu menguji Golf GTI ke satu tahap yang lebih tinggi.

 

Kelengkapan standard


Selain daripada ciri yang disebutkan diatas, Golf GTI Mk8 kini hadir dengan pelbagai ciri yang didatangkan standard seperti bantuan pengekalan laluan, brek kecemasan autonomi dengan ciri pemantauan pejalan kaki dan penunggang basikal, serta ciri komunikasi Car2X.

Ruang dalaman pula menampilkan sistem Digital Cockpit dan skrin infotainmen bersaiz 8.25 inci, stereng berbilang fungsi, sistem kawalan iklim zon tunggal automatik, serta sistem bantuan mula Press & Drive.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…
Berita Global
Volkswagen baru-baru ini mengumumkan model baharu Golf GTI 380 2024 yang merangkap model terakhir…
Berita Domestik
Sistem IQ.Drive ini merangkumi ciri seperti Travel Assist, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang…