Prototaip Supra kecundang di litar Nürburgring

oleh HEZERI SAMSURI|
Mangsa terbaharu litar Nürburgring nampaknya ialah sebuah prototaip Toyota Supra generasi kelima.

Litar itu terkenal kerana laluan sukar dan sering berlakunya kemalangan.  Supra itu dikatakan dipandu oleh jurutera Toyota dan dilihat berhenti laluan Döttinger Höhe di kawasan Nürburgring Nordschleife.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia melibatkan laluan lurus yang sering digunakan untuk menguji kelajuan maksimum sesebuah kenderaan.

Menurut laman web Motor Authority, tidak dapat dipastikan sebab Supra itu terbabas.

 

 

Supra baharu ini dikatakan akan dilancarkan pada penghujung tahun nanti. Ia akan menggunakan ciri-ciri tradisi Supra seperti enjin 6-silinder sebaris dengan pacuan roda belakang.

Yang tidak begitu tradisional ialah Supra akan menggunakan platform BMW Z4 yang baharu dan enjin 3.0L  6-silinder turbo, juga dari BMW.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…
Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…