BMW 8 Series, sebuah model segmen Grand Tourer (GT) yang ditawarkan oleh BMW bakal menerima ahli keluarga baharu selepas pengenalan 8 Series Coupe dan juga 8 Series Convertible, iaitu BMW 8 Series Gran Coupe.
BMW menyifatkan model baharu ini sebagai sebuah kereta sports empat pintu yang tampil elegan dengan ruangan dalaman moden yang mewah dan ia bakal diperkenalkan kepada umum pada 25 Jun di acara BMW Group #NextGen.
Manakala pelancaran rasmi pula bakal diadakan September nanti.
Dari segi luaran, model empat pintu ini tidak banyak menampilkan perbezaan yang ketara antara model Coupe, melainkan jarak antara roda yang lebih panjang bagi memuatkan ruang penumpang belakang dengan selesa.
Kereta sports bertaraf mercu ini diramalkan bakal mengekalkan penggunaan enjin 4.4 liter petrol V8 (530 PS/730 Nm) manakala versi 'mampu milik' pula akan menggunakan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter (320 hp/680 Nm).