Wanita ini nyahkunci Tesla Model 3 tanpa kunci fizikal!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik Tesla Model 3 di Amerika Syarikat mempunyai 'cara' tersendiri bagi membuka dan mengunci semula keretanya tanpa menggunakan kunci fizikal seperti mana lazimnya yang dilakukan oleh kebanyakan orang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kepakaran sebagai seorang jurutera perisian, beliau telah melakukan sedikit modifikasi terhadap anggota badan sendiri supaya memuatkan tag RFID yang bertindak sebagai kunci. 

Amie bukanlah asing terhadap modifikasi ini kerana beliau sendiri mempunyai sebuah cip RFID yang diimplan ke dalam lengannya untuk tujuan nyah kunci rumah. 

Namun, untuk mengintegrasikan cip tersebut dengan tag RFID Tesla amat sukar kerana sistem keselamatan Tesla yang begitu ketat. 

Jadi, apa yang Amie boleh buat adalah 'membedah' kunci asal Tesla dan cip asal kunci tersebut diimplan masuk ke dalam lengannya. 
 


Menurut Amie, untuk mengasingkan cip dan antena daripada kad tersebut, beliau menggunakan sebuah bekas yang berisi acetone bagi mencairkan plastik kad. 

Cip dan antena tersebut walaubagaimanapun tidak terjejas kerana diselaputi biopolimer. 

Setelah itu, Amie menuju ke studio modifikasi badan bagi menanam masuk cip yang dikeluarkan itu tadi ke dalam lengannya. 

Menurut temubual yang dijalankan oleh The Verge, Amie boleh menghidupkan keretanya apabila jarak antara lengannya dengan konsol tengah kereta mesti 1 inci. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…