Kereta yang kecil, sporty dan juga ekonomikal, serta layout enjin di tengah (mid-ship), Toyota MR2 berjaya dihasilkan dalam tiga generasi utama sebelum berakhir dengan casis W30 atau lebih dikenali dengan Toyota MR-S.
Ia memang benar-benar salah satu kereta yang ikonik dengan jenama Toyota, namun bagaimana sekiranya Toyota ingin membangkitkan semula nama MR2 di zaman moden ini?
Menurut satu temuramah yang dijalankan oleh AutoIndustriya kepada ketua jurutera Toyota, Tetsuya Tada, mereka bertanya adakah kita berpeluang untuk menyaksikan kebangkitan Toyota MR2 dan dengan siapa Toyota mahu bekerjasama.
Jawapan mudah Tetsuya Tada, "Porsche!"
Memandangkan tradisi asal Toyota MR2 dengan nadi enjin di belakang pemandu, pilihan bekerjasama dengan Porsche sudah tentu satu opsyen yang terbaik jika platform sedia ada dari Boxster dan Cayman digunakan.
Kerjasama dengan pengeluar lain dilihat satu cara yang sangat berkesan dan jimat kos R&D, lihat sahaja Toyota GT86/Subaru BRZ yang meraih popularitinya dengan cepat, dan yang paling baharu Toyota Supra yang menggunapakai platform BMW.
Namun, ada satu perkara yang kita terlupa.
Bagaimana sekiranya Toyota itu sendiri bekerjasama dengan Lotus?