Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pelanggan lebuhraya akan menikmati diskaun tol 20 peratus berkuatkuasa selama 24 jam.
Diskaun ini akan diberikan kepada pelanggan yang menggunakan lebuhraya berikut:
- Lebuhraya Utara Selatan
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
- Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
- Jambatan Pulau Pinang
Diskaun tersebut walaubagaimanapun tidak diberikan untuk transaksi di Plaza Tol Tanjung Kupang (Linkedua), serta Jambatan Pulau Pinang yang kini sedang menikmati diskaun 20 peratus sedia ada.
Selain daripada itu, PLUS juga menerbitkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena Deepavali yang boleh dirujuk pada gambar di bawah.
Jadual TTA juga boleh didapati menerusi aplikasi PLUS Mobile App, atau laman web PLUS di www.plus.com.my