Ya, untuk anda dan juga penulis yang gemarkan model pacuan roda belakang murah dari Toyota ini, harus diingat bahawa harga jualan di pasaran kini menyamai harga sebuah kereta moden yang baharu keluar dari pusat pameran.
Jadi, untuk tidak menyalurkan wang ke tempat yang tidak sepatutnya, anda boleh mencuba untuk mendapatkan model replika ala-ala Lego seperti yang dipamerkan dalam artikel ini.
Kit ini diproduksikan oleh Cada dan ia sebenarnya tidak menerima pengiktirafan rasmi daripada Toyota, mahupun jenama Initial D itu sendiri.
Penawaran kit-macam-Lego ini turut merangkumi beberapa ubahsuai bagi menjadikan ia sebuah kereta penghantar tofu Fujiwara, lengkap dengan bekas 'kayu' yang digunakan untuk mengisi tofu di bahagian belakang kereta ini.
Cada turut melengkapkan kereta ini dengan sistem sispensi dan stereng yang berfungsi, malah boleh dipasang dengan motor elektrik untuk dijadikan sebagai sebuah kereta kawalan jauh.
Sementara luarannya menampilkan imej sebuah Panda Trueno, ruang kabin pula menampilkan butiran seperti slot pemegang cawan, roda stereng 3-spoke, tuil gear manual dan brek tangan.
Ruang enjin model replika ini turut menampilkan gambaran yang hampir kepada sebuah enjin 4A-GE, dan diakhiri dengan pemasangan lampu pop-up yang menjadi identiti kereta Fujiwara Takumi.
Malah, bagi mereka yang berjiwa modifikasi, pihak Cada turut menawarkan naiktaraf komponen seperti wing belakang, spoiler sisi serta penukaran kepada enjin V8 (1UZ?).
Kit ini terdiri daripada 1,234 keping komponen yang perlu dipasang sendiri dengan harga jualan bermula dari (US$34.22) RM148 di AliExpress.
Boleh dijadikan sebagai salah sebuah projek untuk menghabiskan masa di rumah dalam tempoh PKP dilaksanakan pada ketika ini.