Terletak di Jalan IMJ1, Taman Industri Malim Jaya, pusat pameran 3S ini merupakan sebahagian daripada 20 pusat pameran bertauliah yang membawakan rekaan identiti korporat Misubishi yang terkini selari dengan tagline global "Drive Your Ambition".
Dibina di atas tapak berkeluasan 10,000 kaki persegi, pusat 3S ini menempatkan kemudahan yang disediakan khusus buat para pelanggan Mitsubishi seperti ruang rehat, kemudahan Wifi, pusat servis dengan peralatan diagnostik termaju dan mampu menempatkan sehingga lima kenderaan pada satu-satu masa, serta fasiliti pusat badan dan cat.
Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO Mitsubishi Motors Malaysia berkata, "dengan imej jenama yang dipertingkatkan ini, ia melambangkan komitmen kami dalam mendahulukan pelanggan disamping menawarkan pengalaman yang tersendiri ketika berkunjung ke pusat pameran Mitsubishi.
Sehingga kini, MMM mempunyai kira-kira 50 buah pusat pameran di mana 45 unit daripadanya merupakan pusat 3S dan 51 outlet servis di seluruh Malaysia.