Laporan daripada Automotive News itu memetik CEO Herbert Diess yang menyebut tiga buah jenama termasuklah studio rekaan Italdesign bakal disatukan di bawah satu struktur yang bakal memudahkan urusan penyerahan pemilikan kepada pihak yang berminat pada masa akan datang.
Namun menurut Diess, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan isu terbabit, namun tambah beliau "ia merupakan satu proses yang agak perlahan, namun ia kekal menjadi fokus di dalam agenda kami.
Sebelum ini, terdapat dua sumber yang arif dengan isu tersebut memberitahu Reuters bahawa VW sedang merancang untuk membuat penawaran awam terhadap ketiga-tiga jenama tersebut.
Isu ini bangkit semula selepas VW Group dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu berhasrat untuk meningkatkan pelaburan di dalam teknologi digital dan kereta elektrik peada $86 billion untuk tempoh lima tahun akan datang.
Sumber: Automotive News Europe