Untuk mereka yang mahukan idea mencantikkan lagi penampilan Lamborghini Aventador, Liberty Walk kini menawarkan kit badan terbaharu yang digelar sebagai GT Evo.
Kit terbaharu ini ditawarkan dalam empat penampilan yang berbeza dan salah satu daripadanya diperbuat daripada bahan gentian karbon sepenuhnya.
Merujuk kepada gambar yang dibekalkan, kit badan GT Evo ini merangkumi bampar depan baharu, hud kustom, splitter hadapan serta sirip aerodinamik di bahagian sisi bumper.
Bahagian sisi pula menampilkan arca roda yang dilebarkan, penambahan skirt sisi, serta rocker panel kustom.
Untuk menampakkan ia sebuah supercar yang bersedia untuk dilancarkan ke bulan, Liberty Walk telah mengubahsuai sayap belakang supaya lebih lebar bertenggek di atas arca roda belakang, sirip ikan jerung, pelindung enjin kustom dan diffuser serba baharu.
Berita buruknya, ini merupakan kit badan terakhir yang akan dihasilkan oleh Liberty Walk untuk model Aventador dengan unit penghasilan sekitar 20 unit sahaja.
Harga jualan kit GT Evo ini bermula dari $94,600 (RM382,421) hingga $187,000 (RM755,948) bergantung kepada kit serta kemasan yang dipilih oleh pemilik.