Toyota tangguh pengeluaran kereta di Jepun akibat gempa bumi

oleh Mohamad Hanif|
Kesan daripada gempa bumi yang melanda Jepun baru-baru ini, pengeluar automotif Toyota membuat keputusan untuk menangguhkan sementara pengeluaran kenderaan di sembilan kilang di Jepun disebabkan gangguan bekalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sebilangan besar pembekal yang terjejas akibat bencana alam itu.

Toyota tidak mendedahkan secara terperinci komponen atau pembekal yang terjejas, namun mengesahkan bahawa isu rantaian bekalan itu tidak memberikan impak kepada pengeluaran kenderaan di luar Jepun.

Penangguhan produksi itu akan bermula seawal 17 Februari sehingga 20 Februari, dan menurut laporan daripada Automotive News, pengeluar tersebut masih lagi tidak membuat keputusan untuk menyambung kembali produksi.

Antara model yang terjejas termasuklah Toyota RAV4, C-HR, Harrier, serta model-model Lexus seperti LS, IS, RC, LC, LX, NX, UX dan RX.


Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…
Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…