Di peringkat global, Ford telah berjaya menjual kira-kira 80,577 unit Mustang pada tahun 2020, dengan pegangan pasaran sebanyak 15.1 peratus, peningkatan daripada 14.8 peratus pada tahun 2019 berdasarkan analisis daripada IHS Markit.
Sementara itu, di Eropah Ford Mustang kekal menjadi model popular dengan peningkatan jualan sebanyak 68.8 peratus di Hungary untuk tahun 2020, sementara Netherlands pula mencatatkan peningkatan 38.5 peratus diikuti Denmark (12.5 peratus).
Di pasaran tanah kelahiran asal, Ford telah berjaya menjual 61,090 unit Mustang, di mana ia merupakan model paling popular di Texas (8,600 unit), diikuti California (6,200 unit) dan Florida (5,864 unit).
Pun begitu, prestasi jualan Ford Mustang sebenarnya turun hampir 27 peratus berbanding 102,090 unit yang diserahkan kepada pelanggan pada tahun 2019, dan 113,066 unit yang dijual pada tahun 2018.
Prestasi jualan pada suku pertama tahun 2021 menyaksikan sebanyak 12,274 unit Mustang telah pun diedarkan kepada pelanggan, penurunan 4.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sebagai perbandingan, Dodge berjaya menjual 15,096 unit Challenger, peningkatan sebanyak 24 peratus manakala Chevrolet pula sekadar menjual 7,089 unit Camaro untuk tempoh yang sama.