Toyota Thailand henti produksi disebabkan kekurangan komponen

oleh Mohamad Hanif|
Toyota baru-baru ini dilaporkan menghentikan sementara operasi pemasangan di tiga kilangnya di Thailand sehingg Rabu ini disebabkan masalah kekurangan komponen automotif.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Sehingga kini, Toyota masih lagi belum memutuskan untuk meneruskan operasi ketiga-tiga kilang pada 29 Jun ini, melihatkan kepada keadaan semasa seperti kadar penularan wabak COVID-19.

Kilang Toyota terletak di Bangkok dan mempunyai kapasiti pengeluaran secara keseluruhan sehingga 760,000 unit per tahun, menjadikannya salah satu hab produksi utama untuk pengeluar tersebut di rantau Asia Tenggara.

Selain daripada Thailand, Toyota juga turut mengumumkan penangguhan sementara operasi pemasangan di kilang Toyota Auto Body Co. di Wilayah Aichi selama lima hari bermula penghujung Julai hingga awal Ogos disebabkan masalah yang serupa.

Penangguhan ini melibatkan lima model yang dipasang pada ketika ini termasuklah model minivan Alphard dan Vellfire.

Sumber: Japan Times

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…