Suzuki K10C Boosterjet
Enjin ini merupakan enjin 3 silinder sebaris dan mempunyai sesaran sebesar 998cc. Produksinya bermula pada tahun 2015 sehinggalah sekarang.
Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 108hp pada 5,500rpm dan daya kilas sekuat 160Nm pada 1,600-3,000rpm.
Enjin ini dipasang pada jentera :-
• Suzuki Celerio
• Suzuki Baleno
• Suzuki Vitara
• Suzuki S-Cross
• Suzuki Swift A2L
• Suzuki Xbee
Volkswagen EA211 1.0 Liter
Enjin ini merupakan enjin 3 silinder sebaris dan mempunyai sesaran sebesar 999cc. Produksinya bermula pada tahun 2015. Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 114hp pada 5,000rpm dan daya kilas sekuat 200Nm pada 2,000rpm.
Enjin ini pernah merangkul anugerah "International Engine Of The Year" kategori "Sub 1.0 Liter" pada tahun 2018.
Enjin ini dipasang pada jentera :-
• Volkswagen Up
• Volkswagen Golf Mk7
• Volkswagen Polo
• Volkswagen T-Roc
• Audi A1 (GB)
• Seat Mii
• Seat Ibiza
• Seat Leon (KL1)
• Skoda Citigo
• Skoda Fabia III
Hyundai Kappa II T-GDi 1.0L
Teknologi dari Korea Selatan sekarang harus diberi perhatian. Disebabkan kepesatan pembangunan teknologi mereka enjin ini mampu berada di senarai ini.
Enjin ini merupakan enjin 3 silinder sebaris dan mempunyai sesaran sebesar 998cc. Ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 118hp pada 6,000rpm dan daya kilas sekuat 172Nm pada 1,500-4,000rpm.
Enjin ini dipasang pada jentera seperti berikut :-
• Hyundai Accent HC
• Hyundai Aura AI3
• Hyundai i10 AC3
• Hyundai i20 GB
• Hyundai i20 BI3
• Hyundai i30 PD
• Hyundai Kona OS
• Hyundai Venue QXi
• Kia Ce'ed JD
• Kia Ce'ed CD
• Kia Picanto JA
• Kia Rio YB
• Kia Stonic YB
Honda P10A6 1.0L
Seperti yang kita tahu, Honda terkenal dengan barisan enjin B-series, L-Series dan K-series. Cuma kali ini Honda mempertaruhkan varian P-series sesuai dengan peredaran zaman.
Enjin ini merupakan enjin 3 silinder sebaris dan mempunyai sesaran sebesar 988cc. Ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 120hp pada 5,500rpm dan daya kilas sekuat 173Nm pada 2,000-4,500rpm.
Enjin ini boleh didapati pada Honda City GN yang merupakan model City terbaru.
Ford EcoBoost 1.0L
Enjin dari Ford ini datang dari keluarga Fox. Ia merupakan enjin 3 silinder sebaris dan mempunyai sesaran sebesar 995cc.
Enjin ini merupakan enjin 1.0 Liter yang paking berkuasa di dunia dimana ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 138hp pada 6,000rpm dan daya kilas sekuat 180Nm pada 1,500-5,000rpm.
Enjin ini juga merangkul anugerah "International Engine Of The Year" selama 3 tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2012,2013 dan 2014.
Enjin ini dipasang pada jentera :-
• Ford Fiesta
• Ford Focus
Penulis: Ahmad Omar
Penulis merupakan seorang pengarah urusan pusat servis kenderaan. Beliau berpengalaman bertugas sebagai mekanik, penasihat teknikal dan pengurus pemasaran di dalam dan luar negara. Beliau juga berpengalaman di dalam mengendalikan jentera-jentera mewah dari Itali, Jerman, UK dan Jepun.