Mitsubishi memang dipasang di Bangladesh sejak tahun 1977 dengan menggunakan pemasang kontraktor Pragoti Industries, milik BSEC. Antara model yang pernah dipasang di sana ialah Pajero Sport dan model-model lain.
Dalam tahun 2020, Mitsubishi telah menjual sebanyak 1,700 kenderaan di sana dan 200 unit adalah unit CKD. Permintaan untuk kenderaan baharu di Bangladesh tidak begitu tinggi kerana ramai yang lebih suka membeli kenderaan terpakai.
Namun begitu, Mitsubishi masih memegang pasaran jualan kenderaan baharu tertinggi di Bangladesh.
Mitsubishi merancang untuk memasarkan lebih banyak produk-produk untuk Asia Tenggara dan juga jualannya di Mexico dan Afrika. Sekarang ini Mitsubishi mempunyai pusat pemasangan kenderaan di lima negara Asean, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia.