2022 dijangka jadi tahun menarik pertumbuhan industri elektromobiliti - MARii

oleh Mohamad Hanif|
Pembentangan Bajet 2022 yang turut merangkumi pengecualian penuh terhadap duti import, duti eksais dan cukai jualan untuk kenderaan elektrik dilihat satu pencapaian yang penting dalam pembangunan teknologi dan perniagaan berkaitan dengan kenderaan elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari berkata, insentif yang disasarkan khusus kepada para pengguna dijangka memangkin permintaan pelanggan dan keterujaan pasaran di dalam segmen baharu kenderaan elektrik dalam negara.

Meskipun Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) di bawah Kementerian Perdagangan Antabangsa dan Industri (MITI) telah menekankan aspek seperti infrastruktur pengecasan, jaringan servis EV dan sebagainya menerusi rangka kerja strategik, kunci yang paling penting adalah permintaan pelanggan itu sendiri terhadap gaya hidup elektrik yang dimanifestasikan menerusi insentif yang dibentangkan di bawah Bajet 2022.

MARii sebelum ini telah menjalankan pelbagai jenis inisiatif seperti contoh menetapkan keperluan keselamatan standard untuk trenkuasa elektrik bagi EV dan motosikal elektrik termasuk teknologi penukaran bateri, pengecasan nirwayar serta tidak ketinggalan pelupusan dan kitar semula bateri.

Selain itu, MARii turut merumuskan beberapa strategi untuk membangunkan teknologi buatan sendiri seperti sistem pengurusan bateri (BMS), sistem pengurusan haba (TMS), kajian kebolehlaksanaan teknologi sel bahan api hidrogen, pembangunan komponen kritikal dalam pembuatan EV, pembangunan EV Interoperability Centre dan penggunaan konsep telaga-ke-roda (well-to-wheel) bagi membuat pengiraaan emisi EV.

Untuk menyokong pembangunan bakat tempatan dalam EV, MARii turut menubuhkan beberapa pusat kecemerlangan seperti Design Centre dan Academy of Technology (kedua-dua berada di Rawang, Selangor) untuk menjadi pusat tumpuan dalam meningkatkan keupayaan huluan dalam ekosistem Malaysia.

MARii juga turut mengenalpasti dan sedang bekerjasama dengan beberapa pengeluar automotif, pemasang motosikal, pembina kenderaan komersial, pembekal stesen pengecasan dan pembina komponen tempatan dalam membangunkan sebuah ekosistem menyeluruh bagi kenderaan elektrik di Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…