Gambar acah rasmi yang didedahkan baru-baru ini memperlihatkan rekaan sebenar SUV pertama Purosangue, sekaligus mengesahkan gambar intip yang terbocor beberapa minggu yang lalu.
Dari sudut hadapan, Purosangue menampilkan rekaan lampu utama yang terpisah, di mana bahagian atas merupakan lampu nyalaan siang sementara lampu utama terletak di bahagian bawah.
Rupa paras hadapan SUV ini mengambil inspirasi daripada model supercar SF90, sementara reka bentuk belakang pula membawakan elemen rekaan daripada model 296 GTB.
Tiada sebarang perincian trenkuasa, namun beberapa laporan media sebelum ini mengandaikan Purosangue bakal dilengkapi dengan enjin hibrid daripada model 296 GTB, terdiri daripada enjin 2.9 liter turbo V6 dan motor elektrik menghasilkan output keseluruhan setinggi 819 kuasa kuda.