Sepanjang tiga bulan pertama, sebanyak 13,986 unit Mustang telah berjaya diedarkan, dengan penurunan sebanyak 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Namun begitu, Ford Mustang nampaknya masih lagi mampu mengalahkan angka jualan model pesaing seperti Dodge Challenger (11,124 unit) yang mencatatkan penurunan 26 peratus, dan Chevrolet Camaro (6,710 unit) dengan penurunan 5.3 peratus.
Menariknya, Chevrolet masih lagi berupaya menjual kira-kira 8,811 unit Chevrolet Corvette, angka yang lebih tinggi berbanding model Camaro itu tadi.
Berdasarkan informasi daripada media luar negara, Ford dijangka akan memperkenalkan generasi baharu Mustang dengan trenkuasa V8, besar kemungkinan dengan penawaran transmisi manual, serta perancangan untuk memperkenalkan varian Mustang Hybrid.