Sebanyak 65 orang pemilik menerima unit masing-masing di seluruh negara, sekaligus mencatatkan pencapaian baharu buat Volvo Car Malaysia dalam usaha untuk beralih menjadi syarikat automotif elektrik sepenuhnya.
Sebanyak 100 unit lagi model XC40 Recharge Pure Electric akan diedarkan kepada pemilik masing-masing pada 30 April 2022, dan sehingga kini Volvo Car Malaysia telah menerima tempahan melebihi 300 unit bagi model tersebut.
Unit CKD Shah Alam ini ditawarkan pada harga jualan bermula dari RM262,459.75, dan hadir dengan trenkuasa motor elektrik berkembar 408 hp dan daya kilas 660 Nm, serta jarak operasi sejauh 418 km.
Baca: Spesifikasi Volvo XC40 Recharge Pure Electric
Baca: Pandu Uji Ringkas Volvo XC40 Recharge Pure Electric