Pelumba berusia 35 tahun dari Jerman itu sebelum ini pernah berlumba untuk pasukan BMW Sauber, Torro Rosso, Red Bull, Ferrari sebelum mengendalikan jentera Aston Martin.
Beliau menyebut, keputusan untuk meninggalkan dunia F1 adalah untuk memberikan ruang untuk menghabiskan masa bersama keluarganya.
Jelasnya, tatkala F1 telah menjadi fokus di dalam hidupnya untuk tempoh yang lama, menjadi seorang pelumba bukan sahaja identiti beliau, memandangkan Vettel juga 'seorang bapa kepada tiga anak dan suami kepada seorang isteri yang bagus'.