Berbanding model terdahulu, XC40 EV 2023 ini telah mendapat beberapa perubahan seperti berikut:
- unit lampu utama dengan DRL yang lebih ringkas,
- rekaan bampar yang lebih sporti
- rim 19 inci
- upholsteri Charcoal Connect Suede
- tombol gear bebas kulit
- penapis udara PM2.5 dengan fungsi pra-pembersihan jarak jauh
- modul pengesan pergerakan kaki dikemaskini untuk operasi pintu tailgate bebas tangan
- warna baharu Fjord Blue
Selain daripada itu, Volvo XC40 EV ini mengekalkan penawaran seperti skrin infotainmen berkuasa Android Automotive OS bersaiz 9 inci, skrin kluster digital 12 inci, sistem audio Harman Kardon 600 watt dengan 13 pembesar suara, pengecasan tanpa wayar Qi, dan sistem kawalan iklim dua zon.
Dari segi kuasa, Volvo XC40 Recharge Pure Electric ini mengekalkan konfigurasi motor elektrik berkembar berkuasa 402 hp dan 660 Nm, dipadankan dengan pek bateri 78 kWh.
Menurut Volvo, jarak operasi SUV elektrik ini boleh mencecah sehingga 438 km, berbanding 418 km (data WLTP) pada penawaran terdahulu.
Tempahan dan pembelian model XC40 2023 ini boleh dibuat menerusi laman web Volvo Car Malaysia di alamat https://www.volvocars.com/my/build/xc40-electric, dengan harga jualan bermula dari RM278,888.
Sebagai perbandingan, harga jualan Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2022 sebelum ini bermula dari RM262,460.
Menurut Volvo Car Malaysia, sambutan yang diterima untuk model EV ini cukup menggalakkan, dimana lebih 400 tempahan telah diterima dalam tempoh dua bulan pelancaran.
Kesemua unit yang diperuntukkan untuk model tahun 2022 telah pun habis dijual, dan pelanggan yang berminat boleh menghubungi Volvo untuk mendapatkan model 2023 yang telah dikemaskini ini.