Tidak ketinggalan, UMW Toyota Motor menawarkan kenderaan utitiliti sukan (SUV) itu di pasaran tempatan.
Di Eropah, Toyota Motor Europe (TME) memaklumkan pengeluaran rangkaian kuasa hibrid generasi kelima untuk Corolla sudah pun bermula.
Rangkaian kuasa itu dikeluarkan di Toyota Motor Manufacturing Poland (TMMP) dan Toyota Motor Manufacturing UK (TMUK).
Rangkaian kuasa itu kemudian dipasang pada Corolla yang dikeluarkan di TMUK dan Toyota Motor Manufacturing Turkey (TMMT).
Pengeluaran enjin hibrid dan transmisi generasi kelima dimulakan selepas tujuh barisan pengeluaran di kilang Poland dan UK dinaik taraf.
TMMP mengeluarkan transmisi hibrid dan motor MG1 dan MG2 dan dipasang pada enjin 1.8 liter yang dikeluarkan di TMUK.
Nilai pelaburan yang dikeluarkan berjumlah 77 juta euro (RM363.43 juta) dan 541 ribu euro (RM2.55 juta) untuk setiap satu kilang tersebut.
Dari sini kita boleh melihat bagaimana Toyota menyusun pengeluaran dan pada masa yang sama mencambah ekonomi dan peluang pekerjaan.
Rangkaian kuasa hibrid generasi kelima Toyota menggantikan sistem generasi keempat yang dikeluarkan di TMUK sejak 2016 dan 2018 di TMMP.
Sejak empat tahun lalu, jumlah jualan keseluruhan campuran kenderaan elektrifikasi Toyota di Eropah telah meningkat dari 30 peratus kepada 66 peratus.
Dari segi perbezaan, generasi kelima teknologi hibrid Toyota menggunakan motor elektrik yang lebih ringan, kompak dan berkuasa tinggi.
Turut meningkat ialah nisbah pemanduan elektrik di dalam sistem hibrid.
Selain itu, kalibrasi enjin baharu menyumbang kepada kereta yang lebih berkuasa, prestasi keseluruhan dan drivability lebih baik dan penurunan emisi pada enjin 1.8 liter.
Sistem pemanduan hibrid dengan enjin 1.8 liter menghasilkan 140 kuasa kuda (hp).
Pecutan 0 hingga 100 km/j memerlukan 9.2 saat atau 1.7 saat lebih pantas berbanding sebelum ini.
Penulis: Muhammad Md Tajudin