Baru-baru ini mereka berjaya memecahkan dua buah rekod dunia, kali ini menggunakan sebuah SUV berkuasa elektrik Enyaq iV VRS.
Litar Neraka Hijau tidak lagi digunakan, sebaliknya mereka membawa Enyaq RS di atas sebuah tasik beku untuk melakukan drift berterusan yang terpanjang di dunia.
Skoda Enyaq RS itu mampu melakukan aksi pemanduan senget sejauh 7.35 km dengan membuat bulatan berdiameter 60 meter sebanyak 39 kali dalam tempoh masa 15 minit dan 58 saat.
Sepanjang tempoh tersebut, Enyaq RS berjaya mencecah kelajuan drift tertinggi 48.67 km/j, sementara kelajuan terendah pula dicatatkan pada 31.64 km/j.
Spesifikasi SUV elektrik tu kekal standard, kecuali tayar yang ditukar kepada jenis berpaku Michelin Däckproffsen di bahagian hadapan dan Nokian Hakkapelitta untuk gandar belakang.
Menurut Skoda, Enyaq RS itu secara teknikalnya memecahkan dua rekod, iaitu "Longest Continuous Vehicle Drift on Ice" dan "Longest Continuous Vehicle Drift on Ice (electric car).
Lima hari sebelum rekod itu dipecahkan, Skoda telah menghabiskan masa tidak kurang dari 18 jam untuk melengkapkan sesi latihan menggunakan EV tersebut.