Cao Cao 60 merupakan sebuah model EV dari jenama Cao Cao Auto yang baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac lepas, dimana Cao Cao Auto juga merupakan salah satu jenama di bawah Geely.
Ianya dihasilkan oleh syarikat Maple, sebuah lagi jenama di bawah kumpulan Geely, dimana ia mampu mencecah jarak gerak sehingga 415 km untuk sekali cas penuh.
Direka oleh Geely, Cao Cao 60 telah dibina khusus untuk perkhidmatan seru-pandu (e-hailing), menariknya juga ia menampilkan teknologi bateri boleh tukar yang boleh dilakukan dalam masa 60 saat sahaja.
Melalui video tersebut, jelas kelihatan bahawa bateri itu tertanggal dengan mudah tanpa memerlukan lebih dari 30 saat, EV itu berhenti kira-kira 20 meter selepas ia kehilangan sumber kuasa utamanya.
Pastinya teknologi bateri boleh ganti itu masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki, mujur hanya kejadian bateri tertanggal sahaja yang berlaku tanpa melibatkan insiden yang lebih teruk.
Baca: Geely lancar Cao Cao 60
Sumber: CarNewsChina