Toyota masih lagi syarikat automotif nombor satu dunia, BYD tangga ke-10

oleh Mohamad Hanif|
BYD
Syarikat BYD kini tersenarai di dalam kedudukan 10 teratas pengeluar automotif terbesar di dunia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Buat pertama kalinya, syarikat itu kini memintas Mercedes-Benz dan BMW sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia menerusi strategi kenderaan elektrik yang agak agresif.

Sejak tahun 2022, BYD telah pun menghentikan pengeluaran kenderaan berenjin pembakaran dalaman tulen demi menumpukan perhatian kepada jualan kenderaan elektrik dan kenderaan tenaga baharu.

Sehingga separuh pertama tahun 2023, jumlah jualan kenderaan tenaga baharu BYD di peringkat global melonjak 96 peratus kepada 1.25 juta unit.
 

corola\


Pencapaian mengkagumkan ini sekaligus meletakkan BYD di kedudukan kesepuluh, di belakang Suzuki Motor (1.52 juta unit) berdasarkan data penyelidikan yang diperoleh daripada Nikkei Asia.

Toyota masih lagi mengungguli carta jualan global di tempat pertama dengan jumlah jualan sebanyak 5.41 juta unit, sementara VW mengekori di tempat kedua dengan 4.37 juta unit.

Berikut merupakan senarai 10 pengeluar automotif terbesar di dunia untuk tempoh Januari-Jun 2023:

1. Toyota – 5.41 juta unit
2. Volkswagen – 4.37 juta unit
3. Hyundai/Kia – 3.65 juta unit
4. Renault/Nissan/Mitsubishi – 3.2 juta unit
5. Stellantis – 3.2 juta unit
6. GM – 2.96 juta unit
7. Ford – 2.17 juta unit
8. Honda – 1.84 juta unit
9. Suzuki – 1.52 juta unit
10. BYD – 1.25 juta unit

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…