Toyota daftar paten transmisi manual untuk EV, boleh cecah 14 nisbah kelajuan!

oleh Mohamad Hanif|
Anda mungkin sudah terbiasa dengan jenaka aksi penukaran gear yang banyak dilakukan oleh para pelakon Fast & Furious.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Akan tetapi, usah terkejut apabila jenaka kotak gear Fast Furious itu ternyata bakal menjadi satu kenyataan menerusi paten kotak gear manual yang dihasilkan oleh Toyota untuk kenderaan elektrik sports kelak, menurut laman Motor1.com.
 

toyota


Tidak seperti kotak gear manual konvensional yang mempunyai enam atau tujuh nisbah kelajuan, Toyota mendakwa 'tiada had nisbah' yang ditetapkan untuk kotak gear manual EV.

Ini bermakna, pemilik berhak untuk menentukan bilangan nisbah kelajuan yang mereka mahukan pada kereta sports EV mereka nanti, malah boleh mencecah sehingga 14 nisbah kelajuan!
 

manual


Untuk tidak merumitkan keadaan dan mengelakkan pemandu daripada berpeluh, 'kotak gear manual EV' ini akan menggunakan posisi gear yang tetap, seperti contoh empat atau enam posisi.

Setelah gear yang dikehendaki dipilih, tuil penukaran gear akan kembali semula ke posisi neutral, dan skrin akan memaparkan set nisbah gear yang tersedia untuk penukaran seterusnya.
 

manual


Untuk merealisasikan kotak gear Fast & Furious pada kereta petrol konvensional mungkin sekali satu perkara yang tidak praktikal.

Namun menurut Toyota, sekiranya ia sebuah kotak gear yang disimulasikan, tiada salah untuk memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menentukan nisbah gear yang mereka mahukan pada sebuah kereta sports elektrik.

Sumber: Motor1

 

Paten Kotak Gear Manual EV Toyota

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…