Unit terakhir sedan Dodge Charger yang keluar dari kilang merupakan unit Scat Pack Widebody yang dilayangkan warna Destoyer Gray.
Generasi ketujuh Dodge Charger telah diperkenalkan sejak tahun 2011 dan sejak daripada itu, pengeluar tersebut telah menghasilkan kira-kira 1.8 juta unit sedan.
Jumlah tersebut turut merangkumi beberapa varian yang dilengkapi dengan nadi Hellcat bentangan V8 supercharger.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Dodge turut mengakhiri pengeluaran bagi model dua pintu Challenger, di mana unit terakhir merupakan sebuah Challenger SRT Demon 170 dengan warna Pitch Black.
Apakah perancangan Dodge seterusnya?
Jika anda masih ingat, Dodge sebelum ini telah memperlihatkan model konsep kereta muscle berkuasa elektrik Charger Daytona SRT, di mana terdapat perancangan untuk merealisasikannya pada lewat tahun 2024.